0

Aku rindu dan sayang kamu...

Posted by Eash Daniel on 2:54 AM
16 Jan 2010....
The sky always cry..

Bertemu...
Bertentang mata...
Tersenyum...gelak dan ketawa...
mengalirkan airmata...
pelukan kejap dan kucupan di dahi paling manis...

Pertemuan sekali ini bagaikan merungkaikan segala persoalan dan kekusutan yang bermain di benak fikiran masing-masing...

Bercerita tentang hati dan perasaan masing-masing...
namun bila melihat jari manisnya...
hati aku terguris lagi...
cuba untuk membuang fikiran buruk itu jauh-jauh dan menerima keadaan dengan seadanya...
tapi sesungguhnya aku insan biasa...

Bila memikirkan bahawa dia bukan lagi milikku...
dan bakal menjadi milik orang lain...
persoalan demi persoalan menerjah minda ku...
apa yang aku lakukan ini???
perlukah aku menyakiti hati seorang hawa yang lain..
hanya kerana kepentingan hati ku sendiri...
namun siapa pula yang akan menjaga hati ku?? (akal jahat ku berkata)...

"B"...
Dia kata...
"aku rindu kau"...
"aku tetap sayang kau"....

sekejap hati ku berbunga riang...
sekejap hati ku runsing...
seketika itu aku tersenyum...
dan pada ketika lain...bening titis-titis jernih mengalir tanpa dipinta...
deritanya menyintai itu apabila engkau tahu cinta itu tidak akan membawa kau kemana-mana...

Hari semalam disudahi dengan satu kucupan selamat malam...
seketika itu juga jantungku seolah-olah berhenti berdegup...
manis sekali.....

Entah macamana aku lalui esok hari...
bila tiba masanya..
redha kah aku???
dapat kah aku menerimanya???


Eash_D
Jan 17, 2010

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 The story of a Princess All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Blogger Templates.